Friday, August 8, 2008

Apa beza diantara objektif pengajaran dan hasil pengajaran?

Apa beza diantara objektif pengajaran dan hasil pengajaran?

Objektif pengajaran:

  • · menerangkan secara spesifik mengenai pencapaian kandungan pengetahuan dan kemahiran
  • · boleh disempurnakan dalam jangka masa yang singkat
  • · era 1970’an dan 1980’an- mengenai tugas yang perlu disiapkan
  • · merupakan pernyataan hasrat
  • · ujian berbentuk penilaian

Hasil Pengajaran

  • · menerangkan perubahan tingkahlaku hasil daripada pengetahuan dan kemahiran
  • · tidak menghadkan masa tertentu
  • · era 1990’an dimana kemahiran boleh dipindahkan ke individu lain
  • · merujuk kepada pencapaian prestasi
  • · ujian berbentuk pentaksiran

Kesimpulan

Hasil Pengajaran lebih spesifik dan eksplisit berbanding objektif pengajaran.

Tuesday, August 5, 2008

PENGALAMAN DI DASAR LAUT

Seumur hidup aku inilah pertama kali peluang melihat dasar laut. Program ini adalah tajaan Petronas dan BPG. Dari jeti Kuah Langkawi kami di bawa dengan feri ke Pulau Payar, Kedah. Di atas feri kami diberi taklimat mengenai kawasan Taman Laut yang dipelihara dari sebarang pencerobohan haram. Kami juga diberi peluang untuk snorkelling dan juga scuba ( self contained underwater breathing apparatus ) diving kepada yang berani dan sihat. Bukan senang nak dapat peluang ini, akupun cuba untuk scuba.