Tuesday, July 26, 2011

Pedagogi Sains

Belajar sains dan belajar mengajar sains adalah dua perkara yang berbeza. Seseorang guru perlu mengetahui bagaimana hendak memberi pengajaran atau dalam lain perkataan bagaimana hendak mengajar murid di sekolah atau di mana-mana tempat yang berkaitan. Seseorang yang mengetahui ilmu kandungan sains tidak semestinya boleh mengajar. Sebab itu seorang doktor profesional misalnya tidak boleh mengajar sains kepada anaknya sendiri. Ini kerana seseorang yang hendak mengajar perlu mengetahui teknik-teknik atau kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan subjek yang hendak diajar.

Profesion perguruan merupakan satu amalan atau satu kerjaya profesional. Ini bermaksud seseorang bakal guru perlu mendapat latihan tertentu yang berkaitan dengan kemahiran mengajar. Walaupun ada diantara kita yang boleh mengajar tanpa melalui latihan tersebut tetapi kesannya tidak akan sama walaupun murid yang diajar itu berjaya mencapai tahap cemerlang. Sebagai contoh, murid itu mungkin kurang dari aspek-aspek tertentu seperti mementingkan diri sendiri , tidak mahu bekerjasama, sombong dan pelbagai lagi yang boleh terhasil daripada kesan pengajaran dari seorang guru yang tidak profesional....bersambung.

No comments:

Post a Comment