Monday, August 1, 2011

NANOTECHNOLOGY MAMPU MEMANJANGKAN UMUR KITA?


NANOTECHNOLOGY MAMPU MEMANJANGKAN UMUR KITA?

Satu sel manusia terdiri daripada ribuan molikul protien yang mengawal aktiviti fizikal, metabolisma, penyaluran maklumat, sistem pertahanan badan dan hampir segalanya mengenai kehidupan kita. Kesihatan manusia bergantung kepada fungsi molikul-molikul ini yang menjadi asas kewujudan DNA. Apabila berlaku sesuatu gangguan kepada struktur DNA kesan yang bakal dialami ialah keadaan-keadaan luar biasa, penyakit-penyakit yang agak kronik dan sukar dirawat. Perkembangan Nanotechnology mampu memberi tentangan kepada ancaman ini. Suntikan nanoparticles machine mampu mengawal dan mengarahkan molikul DNA ini kembali ke fungsi asal. Mesin nano ini dikawal oleh medan elektrik luaran yang akan memutarkan rotor DNA mengikut kehendak kita. Kesan seterusnya pada masa hadapan ialah umur manusia boleh dipanjangkan dengan izin Allah kerana tiada lagi ancaman-ancaman penyakit kronik. Segalanya bukan mustahil kerana umur Nabi Noh sendiri mencapai usia 950 tahun. Apa rahsianya?

Renunglah kata-kata dari pemenang hadial Nobel ini mengenai nanotechnology:

I want to build a billion tiny factories, models of each other, which are manufacturing simultaneously. . . The principles of physics, as far as I can see, do not speak against the possibility of maneuvering things atom by atom. It is not an attempt to violate any laws; it is something, in principle, that can be done; but in practice, it has not been done because we are too big. — Richard Feynman, Nobel Prize winner in physics

Dulu orang akan ketawa jika ada orang boleh mengambil gambar dalam usus kerana mereka bayangkan bagaimana sebuah kamera SLR nak dimasukkan dalam perut manusia!! Tetapi semua itu kini menjadi biasa kerana sudah ada kamera bersaiz kecil, sekecil mata bola pen (seperti dalam gambar di sebelah) dan mampu menjelajah keseluruhan usus kita untuk merakamkan bahagian-bahagian yang dikehendaki. Dengan itu mengobati penyakit menjadi lebih mudah dan berkesan.

Nanotechnology merupakan satu teknologi yang mengkaji mesin atau alat atau apa sahaja bahan bersaiz nano yang yang tidak dapat dilihat walaupun melalui mikroskop cahaya. Di bawah adalah dua objek iaitu jarum pin dan sebutir debunga (pollen) yang diperbesarkan dari saiz asal. Cuba anda dapatkan objek berkenaan yang sebenar dan buat perbandingan disegi saiz keduanya.

Perbandingan saiz pin dan debunga dalam unit nanometers


Untuk memahami nanotechnology ini lebih lanjut anda perlu tahu dan fahami unit pengukuran. Contohnya bagaimana anda bayangkan sebutir debunga (pollen) yang dibahagikan kepada 2 bahagian, 10 bahagian dan 100 bahagian? Pasti anda tidak dapat lakukan pembelahan lagi malah melihat debunga itu. Apatah lagi apabila debunga itu dibahagikan kepada 20,000 bahagian?

1cm adalah 1 per 100 bahagian meter. 1 mm adalah 1 per 1000 bahagian meter. Bagaimana nanometer? 1 nanometer ialah 1 per 1 billion bahagian meter. Secara matematiknya 1 nm = 1x10-9m.

Selamat berfikir!!!

Dari perspektif pedagogi artikel ini ditulis dalam bentuk ”deductive”. Bagaimana pula kalau di ”induktifkan”?

.......sambung dilain kali

Oleh:

Hj Lokmanhakim Hj Ab Wahid

Ketua Jabatan Sains

No comments:

Post a Comment