Wednesday, August 3, 2011

BAGAIMANA PERMULAAN ALAM SEMESTA DARI PERSPEKTIF FIZIK?



Pernahkah kita berfikir tentang alam semesta yang kita huni ini? Bagaimana ia terjadi dan bagaimana keadaannya sebelum ia dijadikan oleh Pencipta. Atau apakah anda berfikir yang alam ini terjadi secara kebetulan dan semua objek yang ada sekarang ini terjadi dengan cara demikian juga? Dalam perbincangan sebelum ini anda telah didedahkan bagaimana suatu objek yang bersaiz nano dapat digunakan untuk melihat fenomena yang berlaku dalam sistem badan manusia atau di mana-mana permukaan planet. Semua alat ini tidak terjadi dengan sendiri malah ia dicipta oleh saintis. Saintis adalah antara manusia yang dijadikan oleh Allah dan manusia juga merupakan penciptaan Allah yang terbaik seperti firmannya dalam surah At-teen.

Saintis telah memberi gambaran bagaimana alam ini mula wujud iaitu sejak 13.7 billion tahun yang lalu melalui satu letupan yang sangat dahsyat. Ia bermula apabila kumpulan awan atau asap yang berpadu dan membentuk satu ruang yang sangat tumpat. Apa saja objek termasuk cahaya akan hilang dalam ruang ini kerana kekuatan tarikan dan kekuatan ketumpatannya. Bayangkan satu galaksi yang mempunyai berjuta sistem suria dan salah satu sistem suria adalah sistem suria kita yang mempunyai planet-planet , bulan-bulan, meteor, asteroid dan pelbagai objek lain ditumpatkan menjadi saiz sebesar kepala jarum peniti? Begitulah besarnya ketumpatan yang dimaksudkan sehingga saiz yang maha luas dan besar itu boleh menjadi sekecil itu. Saintis menamakan ruang yang dimaksudkan itu sebagai “black hole” . Ruang ini akhirnya akan meletup dengan letupan maha dahsyat kerana membebaskan tenaganya. Saintis mengenali fenomena ini sebagai “Big Bang”. Inilah fenomena permulaan kewujudan alam semesta yang sudah berusia 13.7 billion tahun. Gelombang letupan itu masih aktif sehingga ke hari ini dan ia sedang berkembang. Anda boleh bayangkan fenomena ini (big bang) dengan melihat bagaimana letupan bunga api malam kemerdekaan dalam keadaan masa yang dipanjangkan maksudnya “slow motion”.!!........bersambung dengan perspektif yang lain pula. Wallahu a’alam.

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari link di bawah.

http://www.hssrd.org/journal/spring2003/creationunverse.htm


No comments:

Post a Comment