Tuesday, August 16, 2011

MENGUMPAT DAN KECEMERLANGAN

Tegur menegur untuk kebaikan adalah amalan terpuji di sisi agama. Justeru, ucapan terima kasih kepada rakan jabatan yang memberanikan diri untuk membuat teguran demi kebaikan bersama dan jabatan kita. Mengumpat, mengata, perli, soksek-soksek atau dalam bahasa TV3 "gossip", telah menjadi amalan dalam hidup sesetengah manusia sekarang baik yang muslim mahupun non-muslim. Samada dalam bulan Muharram atau Safar. Tetapi agak menghairankan jika ia berlaku dalam bulan Ramadhan Al Mubarak. Biarpun peringatan demi peringatan telah diberikan oleh para Ustaz dan Ustazah, Tuan Guru dan Puan Guru namun ia tetap rancak diteruskan. Kesalahan mengumpat ini seolah-olah memakan daging rakan sendiri, begitulah besar padahnya. Mungkin daging rakan tadi amat sedap untuk dikunyah olehnya..macam kunyahan Hendon ke atas tubuh Saidina Hamzah!!!nauzubillah.

"Cemerlang" merupakan sesuatu yang sangat sensitif buat masa ini bagi sesetengah insan. Kerana keinginan untuk cemerlang seseorang sanggup menggadaikan segala nilai, maruah dan profesionalisma dalam pekerjaan. Mungkin kerana itu juga seseorang sanggup mengumpat, menuduh, berdendam kesumat sesama rakan. Dulu boleh hilai ketawa namun sekarang cuma tinggal kenangan dek kerana mengejar kecemerlangan. Dulu pernah bertegur sapa, entah kenapa sekarang langsung tidak memberi muka...mungkin hasil daripada mengumpat yang sudah keterlaluan. Tanggapan serta tuduhan yang tidak pernah diconfirmkan bersama orang yang diumpatkan. Begitulah kejayaan si pengumpat yang sama-sama mengejar kecemerlangan duniawi...hatta Pak Haji, Mak Haji,Pak Lebai ,Mak Lebai, Ustaz dan Ustazah juga terpedaya olehnya.

Masih dalam isu cemerlang!!

Cemerlang juga adalah sesuatu yang sangat subjektif. Jangan kita terlalu sensitif dengan perkataan itu. Setiap orang ada kelebihan dalam aspek tertentu daripada orang lain. Ini adalah fitrah. Ada orang yang cemerlang dalam peperiksaan tetapi gagal dalam menunaikan solat. Ada orang yang cemerlang dalam hubungan dengan Allah tetapi gagal dalam hubungannya sesama manusia. Yang paling menakjubkan ada orang cemerlang dalam hubungan sesama manusia tetapi dia juga cemerlang dalam mengumpat!!!..nauzubillah. Kategori ini tidak ada dalam jabatan kita.

Kenapa dia terpilih juga sebagai orang cemerlang?..walaupun tidak kurang juga sifat-sifat negatif atau mazmumah yang dia miliki? Pengkelasan ini bukan dari Yang Mutlak seperti hisab dihari akhirat!! Di hari hisab nanti mereka yang menyekutukan Allah biarpun kecemerlangan mereka di dunia setinggi gunung namun semua itu tidak bermakna lagi .Mereka akan dihumbankan ke dalam neraka jahannam. Begitulah pemilihan yang Allah aturkan untuk mereka yang cemerlang disisiNya. Oleh itu apalah ada pada kecemerlangan yang kita perkatakan.

Barang diingat!!..jika kita berupaya bertanya kepada Abu Lahab siapa lebih cemerlang diantara dia dan Nabi Muhammad SAW? Sudah pasti Nabi yang kita sanjungi tidak mendapat "cemerlang" dari penilaian Abu Lahab. Oleh yang demikian secara kesimpulan cemerlang itu sesuatu yang subjektif dan ia bersifat akumulatif juga ada pemberatan tersendiri dari perspektif seorang ketua terhadap subordinatenya.

Alhamdulillah !!!..moga mereka yang kena umpat akan bertambah bahagia dan bermuhasabah jika mereka menyedari. Mereka yang menjadi Juara Mengumpat juga di doakan akan bertambah iman dan amal yang soleh lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan Al Mubarak ini.

Ameen Ya Rabbal Aalameen.

No comments:

Post a Comment