Pada 29hb.September 2011 Jabatan Sains telah menganjurkan Pameran Sains di SK Pasukan Polis Hutan, Hulu Kinta. Pameran yang bertemakan “Syoknya belajar Sains” saya telah mewakili Tuan Pengarah IPG Kampus Ipoh untuk merasmikan pameran tersebut. Perasmian pameran ini dimulai dengan ucapan aluan daripada Puan Guru Besar SK.PPH iaitu Puan Rosida bt Mohd Sainee. Pihak sekolah sangat gembira dengan pameran ini kerana ia membantu murid-murid dan warga sekolah tersebut untuk mendekati sains secara lebih dekat dan mesra. Pameran ini juga dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah di sekitar Hulu Kinta.
Pameran berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Terdapat lebih daripada 20 booth pameran yang di sediakan oleh pelajar-pelajar pra-PISMP unit K17 dan PISMP unit J14 dan J15. Pameran ini juga sebagai memenuhi keperluan pro-forma pelajar berkenaan disamping mendapatkan pengalaman untuk menganjurkan aktiviti seumpama ini di sekolah nanti. Semuanya bertujuan menunjukkan bahawa subjek sains ini sebenarnya sangat seronok untuk dipelajari apabila disediakan dengan suasana dan kaedah yang bersesuaian.
Pelajar dan pensyarah sangat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan sehingga keletihan tidak dirasa. Guru-guru pengiring juga amat teruja dengan kandungan bahan-bahan yang dipamerkan dan ramai yang meminta agar pameran seumpama ini diadakan di sekolah mereka pula pada suatu hari nanti. Ketua Jabatan Sains telah merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah menyediakan venue dan makanan kepada para pelajar dan akan menganjurkan lagi aktiviti seumpama ini pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment