Sunday, September 9, 2012

REFLEKSI KURSUS MEMBINA BLOG




Pada 5 dan 6 haribulan September 2012 yang lalu saya berpeluang mengikuti kursus membina blog di Kolej Komuniti Batu Gajah. Kolej ini terletak betul-betul di tepi jalan besar Batu Gajah-Kelly Castle ( Jalan Gopeng) dan merupakan tempat laluan saya balik kampung isteri di Sabak Bernam Selangor. Pun begitu saya gagal mencari kedudukannya kerana kekurangan" signboard". Terima kasih pada Google Map yang membantu mencari kedudukannya secara kasar dan terima kasih kepada Kakak penjual nasi lemak yang menunjukkan lokasi sebenar kepada saya.

Tibanya saya di situ sudah ada beberapa orang rakan yang sampai secara bersendirian dan ketika itu masa masih awal untuk kursus bermula. Kami di jemput makan pagi oleh petugas-petugas di situ dengan mesra dan pada pukul 9 pagi lebih kurang, kursus pun bermula. Fasilitator kami seorang yang sangat muda berbanding para peserta kursus yang sudah lewat dewasa. Sebagai guru dan kini bergelar “pensyarah” kami tetap menghormati dan memberi perhatian terhadap apa yang disampaikannya walaupun ada diantara kami terdengar “sok-sek, sok-sek”dan ternampak senyum yang penuh bermakna.

Bagi saya semua itu tidak menjadi masalah kerana niat saya ke situ adalah untuk menambah ilmu mengenai membina blog dan dapat mengetahui tips dan teknik yang tidak mampu diperolehi oleh saya ketika membina blog. Saya sendiri sudah ada beberapa blog sebelum mengikuti kursus ini. Alhamdulillah saya sangat berpuas hati kerana memperolehi ilmu yang dicari dan terus dapat mengaplikasi dalam tugas saya selepas ini.

Makmal Komputer..komputer flat skrin yang terkini
Saya juga sangat seronok apabila rakan sebelah saya En.Ahmad Saleh dapat membina blog Tapai Manisss…dengan sedikit bantuan daripada saya. En.Ahmad sengaja memilih tempat duduk disebelah saya kerana dia yakin saya dapat menjadi buddy semasa kursus berlangsung. Terima kasih En.Ahmad Saleh kerana keyakinan tuan terhadap saya.  Saya juga meminta maaf kepada beliau mungkin sewaktu fasi sedang menyampaikan arahan saya tidak menghiraukan pertanyaan En.Ahmad Saleh kerana saya juga tidak mahu ketinggalan dari apa yang dibincangkan oleh fasi ketika itu.

Makmal Sains yang kemas dan moden
Akhir sekali ingin saya ungkapkan kata-kata Mat Saleh “ Don’t justify the book by its cover” kepada mereka yang selalu teruja dengan cara penampilan, komunikasi dan pengurusan grafik. Tetapi lihatlah isi kandungan, kemahiran, pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang sewaktu menjalankan tugas kerana ia lebih istimewa dan asli.

Terima kasih buat penganjur Jabatan Teknologi Pendidikan dan Multimedia yang berusaha untuk mengadakan kursus dalam ruang dan kesempitan yang terpaksa diharungi demi niat suci untuk rakan sejawat bukan mengalah dan mencari peluang menggelonsor bersama kesempitan dan kekangan yang ada..tahniah!.


KJ Sains
IPG Kampus Ipoh

No comments:

Post a Comment