10hb Ogos 2011 adalah hari yang boleh dimuatkan dalam diari sebagai hari bermakna dalam hidup. Hari itu saya dipantau untuk verifikasi jawatan GC oleh pihak Nazir dan IPGM. Saya agak terharu kerana ramai rakan-rakan yang lain tidak tersenarai. Doa saya untuk mereka, moga rezeki mereka juga akan menjelma dalam situasi yang lain. Yang dipantaupun belum tentu kesudahannya..ada rezeki adalah!!
Hari itu saya telah dinilai dari dua aspek iaitu dokumentasi dan P&P. Dokumentasi yang dipersembahkan ditelek satu persatu oleh pemantau. Mereka meminta dokumen untuk kepastian..ada yang mereka diam dan angguk apabila dokumen ditunjukkan , ada juga yang melanjutkan dengan persoalan yang lain. Ketika inilah saya lihat betapa penting segala kerja buat kita selama ini perlu didokumentasikan dengan kemas dan rapi. Apabila direnung kembali saya fikir bahawa faktor kekemasan dan smart boleh menentukan kelangsungan karier seseorang. Tapi harus juga diingat semua pengakuan dan tindakan kita juga tidak terlepas daripada unsur integriti. Adalah menjadi hak seseorang untuk berbuat sesuatu tetapi mesti dalam batas-batas professional. Dalam uslub dakwah juga kita diminta tidak melakukan sesuatu sehingga menghalalkan cara.
Para pemantau telah mengikuti kuliah saya selama dua jam bersama pelajar KPLI. Saya memang menanti situasi ini dan saya amat yakin bahawa saya boleh perform. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik seperti dirancang. Para pelajar sangat excited dan responsive terhadap P&P yang telah saya sampaikan. Saya tidak mengatur P&P saya dengan mereka malah mereka tidak tahu apa yang akan saya sampaikan sebelum kuliah dijalankan. Cuma mereka tahu bahawa kuliah berkaitan dengan elektrik akan saya sentuh . Saya memang merancang untuk merahsiakan isi kandungan ini kepada mereka sehinggalah apabila kuliah dijalankan satu persatu. Saya dapati jangkaan saya memang tepat mereka telah mengikuti kuliah ini dengan begitu berminat sekali. Di sinilah peluang dan ruang saya perolehi untuk meneroka dengan lebih yakin.
Kesimpulannya, selepas ini saya berazam agar pengurusan saya bertambah kemas dan tersusun. Saya akan mengutamakan integriti dalam karier. Pengurusan P&P adalah sesuatu yang sangat penting dan ia akan menentukan kejayaan kita dalam bilik kuliah. Semua aktiviti yang berkaitan dengan profession akan saya pastikan dokumentasinya.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteDipantau atas tiket GC/PC? ini membuatkan kita perlu melihat 360 darjah cara bekerja sepanjang perjalanan karier selama ini. Selepas dipantau, sempat juga mencatat untuk tindakan di masa akan datang.
- SMART WORK perlu ditanam dalam diri.
- Segala tindakan perlu didokumenkan.
- Pemikiran dan tindakan harus terbuka,
- Perancangan yang rapi untuk masa depan karier perlu difikirkan.
Semoga segala usaha diredhai, Amin.
Zaki: http://cikgu-zaki.blogspot.com